July 10, 2011

Di majlis perasmian dan doa selamat kedai baru x-student madam,iaitu Normazlina Roslan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog
madam yang madam kasihi.Terima kasih kerana masih
setia mendatangi blog madam.Doa madam agar semua
berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Amin!......
Untuk N3 kali ini,madam ingin menceritakan tentang
perkembangan seorang lagi x student madam,iaitu
Puan Normazlina bt Roslan.X student madam ni pada
awalnya memang datang belajar menjahit pakaian tetapi
dalam masa yang sama dia selalu berbincang dengan madam
ingin memulakan perniagaan berasaskan jahitan tetapi bukan
pakaian.Madam katakan belajar menjahit adalah asas ajer dan
kita boleh pilih cabang yang ada pada bidang menjahit.
Tak semestinya belajar jahit pakaian kita akan jadi tukang jahit
pakaian,kita boleh buat perniagaan menerima tempahan atau
buat readymade jahitan sarung kusyen,set tempat tidur,
langsir,hiasan dalaman,pakaian kanak2,keperluan baby dan
ibu seperti yang telah di lakukan oleh x student madam ini.
Banyak lagi cabang yang ada hanya kita perlu kreatif dan
rajin mencuba dan berusaha!

X student madam ini telah memilih untuk menjalankan bisnes
berasaskan keperluan baby dan ibu yang melahirkan anak.
Beliau telah memberitahu madam yang beliau ingin mencuba
bisnes membuat barut baby(ready made) dan beliau telah
membuat beberapa sample dan tunjukkan pada madam.
Beliau minta madam memberi komen dan tunjuk ajar atas
hasil kerja beliau.Setelah melakukan beberapa percubaan
dan akhirnya beliau berjaya dengan bisnes barutnya.Malah
beliau telah kembangkan bisnesnya dari barut sahaja kepada
keperluan ibu menyusukan anak dan keperluan ibu melahirkan
anak.Antaranya seperti tungku baby,ini adalah hasil kerativitinya
dari pengalaman sendiri.Tungku ini sangat bagus,mengandungi
7 herba.Barut ibu bersalin,barut baby sudah semestinya kerana
ini adalah asas permulaan perniagaannya.Barut untuk baby ada
beberapa jenis,ada yang bertali,bervelcro dan barut tigasegi atau
barut gantung.Beliau juga ada membuat cover untuk ibu
menyusukan anak,bedung untuk baby dan bermacam2 lagi lah!

Ok lah,seperti biasa,madam ni kalau di biarkan banyak yang
nak di celotehkan jadi madam stop berceloteh dan jom kita tengok
gambar pulak ya!jom tengok,jom tengok!



Ini antara barut baby yang telah di siapkan.Hanya menunggu
untuk di packkan mengikut tempahan yang di terima melalui
online.

gambar ni ialah barut untuk ibu yang baru bersalin.


barut yang di hasilkan dari kain berbagai
corak dan warna,jadi tak lah putih ajer!
Corak dan warnanya sangat menarik.
Hah!yang sebelah tu gambar madam
dan Pn.Normazlina.Sebelah madam tu
anak gadis tunggal madam.Dah sama
besar dengan madam kan!


Ini lah Pn.Normazlina bt Roslan.
Pada awalnya,beliau tak mahu madam
masukkan gambarnya kerana beliau
sangat low profile dan pemalu.Jika
anda ke blog beliau anda takkan melihat
wajahnya...

Semoga Normazlina terus mengorak langkah
lebih jauh ke hadapan dan terus berjaya.Sebagai
gurunya,madam sangat berbangga!

Normazlina selalunya akan menceritakan perkembangan
bisnesnya kepada madam dan akan minta pendapat dan
nasihat dari madam.Madam akan selalu memberi sokongan
pada ushanya!...Disini madam ingin war-warkan blog
beliau,jika anda berminat boleh la jengok2 ke blognya ya!
http://www.mybabycomel.blogspot.com/

Nampaknya setakat ini sajer coretan madam untuk
kali ini.Semoga kita berjumpa lagi di N3 yg lain.
Madam akhiri dengan salam satu M'sia dan senyum2
selalu ok!Daaaaa....

No comments:

Post a Comment