June 27, 2011

Hasil kerja Dayang,pelajaran pertama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca
blog madam.Seperti biasa madam tak lupa doakan
agar semua pembaca blog madam dalam keadaan
sihat dan di rahmati ALLAH selalu hendaknya.AMIN!
Ada yang menegur madam."amboi!kebelakangan ni
(tp madam rasa madam tak kebelakang,madam maju
kedepan!hehehe)madam sangat rancak menonjolkan
hasil kerja student madam"....madam jawab...."mesti la
sbb kalau tak madam sebagai guru mereka yg berbangga
dengan kerja student sendiri,siapa lg?"...tapi madam
memang puji dengan semua student madam...bersemangat
macam madam!Sebagai guru mereka,madam memang selalu
memberi perangsang dan semangat.Ehh!madam ni dah la tu....
cerita la pulak pasal N3 kali ni....kalau cikgu dapat membebel
camni la!.OK!untuk N3 kali ni madam masih nak tonjolkan
hasil kerja student madam.Student madam yg ni bernama
Dayang,seorang yang gigih ya,sebab sanggup datang dari
Nilai ke Sentul untuk menuntut ilmu dari madam....hahaha
macam guru silat lak!...Nape la madam hari ni nk buat lawak
lak ya!....ok,madam serius la...Madam nak ambil kesempatan
ini mengucapkan terima kasih Dayang sudi datang ke kelas
madam walau terpaksa menempuh perjalanan yang jauh
dan jam.Terima kasih juga pada hubby Dayang yg juga
sangup menghantar n menjemput Dayang....suami yg baik
memberi sokongan pada isteri tesayang.....K,jom tengok
hasil kerja Dayang yang pertama....simple blaus dan
A line skirt.....jom jom tengok!


Trrrreeengggg.....ini la hasil kerja Dayang.
Ini simple blaus dan A line skirt.Baju ini
Dayang buat tangan tiga suku panjang tangannya.
bahagian depan blaus ini berbutang depan.


Bahagian leher dan hujung tangan.....kemas.

Pandangan dari depan dan belakang baju.


Bahagian depan yang berbutang.Kemas.
Sebelahnya ialah bahagian sambungan tangan
baju.Bahagian lengan ini ada cara yang tersendiri
untuk memasangnya supaya menghasilkan
kerja yg kemas n cantik di pandang.Ada orang
merasa sukar untuk memasang lengan dan selalu
menyangka mereka terbuat tangan yang besar
dari lubang lengan baju.Tapi sebenarnya lengan
baju memang besar sikit dari lubang lengan.Tapi
kalau anda belajar dengan betul tentu anda tahu
bagaimana hendak memasang n menghasilkan
tangan yang cantik,terlatak dan kemas......
Jom la belajar dengan madam....hehehe

Bahagian lipatan hujung baju.Di lipat
berbucu supaya kelihatan kemas.

Hah!ni lak bahagian pinggang kain.
Untuk kain yang pertama,madam ajar
student madam buat pinggang kain balkram.
Nape madam tak ajar pinggang getah separuh2?
Jawapannya sebab madam tak nak student
madam stresss untuk pakaian yang pertama
yang mereka nak hasilkan!

Pandangan bahagian belakang skirt.
A line skirt ni,zip di bahagian belakang.
Kemas.


Hmmm....tu la hasil kerja tangan dari Dayang.
Madam nak cerita sikit tentang Dayang ni....
Sebenarnya si Dayang ni ada pengalaman menjahit,
dia suka jahit langsir sbb katanya senang dari jahit baju.
Dayang juga ada jahit baju untuk diri dan anaknya.
Tapi sebelum ni dia menjahit main hentam jer...tak ada
skill yang betul.Tapi setelah belajar dengan madam
banyak la ilmu dan skill yang dia dapat.Moga ilmu
yang madam perturunkan padanya memberi manfaat
untuknya.

Nampaknya setakat ini saje N3 kali ni.Madam akhiri
macam biasa...salam satu M'sia dan salam sayang dari
madam!Jangan lupa...senyum selalu ok!Daaaaaaaaaa!

No comments:

Post a Comment