Assalamualaikum,
Hari ni madam ingin menerangkan tentang kelas jahitan madam.Purata pelajar madam mengambil kursus yang 16 jam sebln.Yurannya rm150.00 je.Madam mengajar menggunakan sukatan pelajaran yg telah madam sediakan.Hari pertama,madam akan mengajar:
1-membaca/mengenal pembaris(sangat penting ya)
2-menerangkan cara2 membuat dasar/pola.melukis pola mengunakan drafting ruler di dlm buku skecht book.Boleh di gunakan sebagai bahan rujukkan.Semasa dlm proses ini madam akan memberi tips bagaimana penambahan or pengurangan yg perlu di lakukan ketika membuat pola utk org gemuk or kurus.Tips dan skil sangat penting utk menghasilkn kerja yg memuaskn.
3-Pelajar akan diajar cara2 mengambil ukuran badan.
4-Madam akan menunjukkan contoh melukis pola yg sebenar berpandukan ukuran badan pelajar diatas brown paper/kertas minyak.Selepas iu pelajar akan melakukan sendiri dasar baju mereka,bila siap madam akan buat pemeriksaan dan menegur/menasihat mana2 yg tak betul.
5-Tiba masa mengunting kain.
*-Pastikan urat kain lurus dulu.Madam akan tunjukkan cara meluruskan ira kain.
*-Setelah ira kain lurus,bentang kain biar rata sebelum meletak pola.Madam akan terangkan cara2 meletak pola n cara2 menjimatkan kain.
*-Madam suka menasihatkan para pelajar,jgn malas nak pin pola pd kain kerana ia akan menyusahkan utk proses seterusnya.
6-Proses seterusnya ialah melakukan "tracing" mengunakan roda surih n tracing paper.Semasa proses ini pelajar di nasihatkan melakukan dgn berhati2 kerana jika silap akan mendatangkn susah sendiri.
7-Setelah kerja2 "tracing" selesai,semua pin di buka n baju yg siap di gunting perlu di jahit tepi/overlock dulu sebelum proses menjahit.
***Pelajar adalah di nasihatkan lakukan semua langkah2 di atas dgn cermat dan penuh tanggungjwb.Supaya boleh memperolehi hasil kerja yg bagus dan memuaskan hati.***
****MADAM AKAN MERANGKAN PROSES MENJAHIT DI LAIN MASA YA.TUNGGGGUUUU!****
No comments:
Post a Comment