September 29, 2015

CARA MEMBUAT LUBANG BUTANG MENGUNAKAN MESIN PORTABLE SINGER(4 STEP)

30/9/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua pengunjung Madam Azra ini. Moga semua sihat,ceria dan berbahagia di samping orang2 tersayang.Aamiin!Mmmmm N3 kali ini madam nak kongsi cara mengunakan mesin portable yang gunakan 4 step/langkah untuk membuat lubang butang.Tapi yang madam nak tunjuk ni guna mesin portable SINGER. Ok la,jom madam mulakan ya!


 Ini lah abg Singer yang madam maksudkan!Mmmmm hensem jugak ya!Hehehehehe......

Mula2,buat tanda ukuran saiz butang yang hendak di gunakan nanti.Tau tak cara camna nak tau saiz lubang butang yg di perlukan.Ambil butang yang hendak di gunakan dan terbalikkan.Tandakan atas bawah butang akan dapat seperti yang madam buat dan buat garisan memanjang sebagai panduan masa menjahit nanti.**Madam minta maaf ya sbb terluba nak snap gambar camna nk buat ukuran lubang butang dgn butang yg di terbalikkan.**

 Setkan di mesin seperti yang madam tunjukkan.Gambar tu menunjukkan simbol lubang butang ya sayang2!

 Kemudian pusing tombol ini ke nombor 1.Nampak tak ada tulis no.1.Yang 3 merah tu,utk membuat lubang butang ya adik n abg manis!Walau ada 3 tapi utk 4 langkah tau!

Dah siap buat tanda pd baju yang nak kita buat lubang butang dan siap setkan setting mesin ke membuat lubang butang,maka sekarang boleh mula ya.Nampak tak?Madam letak garisan tu betul2 di tengah2 tapak mesin.Oppppssss....madam tak tukar tapak ke tapak lubang butang sbb nak ringkaskan kerja....suka kan kalau ajar cara yang ringkas tapi tak mengecewakan hasilnya!

 Mula la jahit, dari atas ke bawah ya.Sampai di hujung tanda,berhenti dan pastikan jarum di naikkan ya sebab kita nak buat step yang ke dua pulak. Jika tak di angkat jarum,jarum akan patah ketika menukar tombol setting ke step 2. Faham tak?

 Ni kita buat step ke dua ya.Nampak tak madam dh pusing tombol ke no 2 pulak.Step no2 ni utk buat stopper yang pertama ya.Jahit la dalam 3 kali jahit,nak lebih pun boleh jika suka.

Nampak tu,madam dah buat stopper yang pertama.

 Selepas tu,pusing tombol setting ke no3 pulak ya.Aaaaa....jgn lupa naikkan jarum sebelum dok pulas tombol tu ya.Nanti patah sape yang susah?!


Jahit sampai hujung sebelah atas pulak,dah sampai berhenti dan naikkan jarum.Tengok,madam naikkan jarum kan!

 Pulas tombol setting ke no4 pulak ya.Setting no 2 dan 4 berkongsi tempat ya .Jahitla stopper yang last pulak.Ketebalan stopper terpulang pada kalian ya.


 Camni la lebih kurang bila dah siap. Nanti kalian buat lagi comei dari yang madam bat ya. Ni sbb madam buat tutorial mengejut lagi tetanjat sbb ada yang minta bantuan.Jika suka tebal boleh buat lagi satu pusingan.Segalanya terpulang pada citarasa masing2 ya.


Dah siap jahit ,tentu2 nak di lubangkan kan?!Ambil satu peniti,pinkan di salah satu hujung yang kita jahit tu dan guna pembuka benang utk tebuk lubang.Tujuan meletakkan pin tu supaya kita tak terlajak ketika menebuk lubang butang.Tau2 je la,kekadang tangan kita ni diluar kawalan kan?!Kalau dah terlajak....mmmm jahanam baju yang kita dh jahit dengan penuh kasih sayang tu!Sape nak tlng?Nasihat madam,sebelum buat atas baju terus,sebaiknya cuba atas kain perca ya.

Setakat ini je N3 madam kali ini.Dengan rendah hati,madam harap perkongsian ini membantu kalian.Dan jika perkongsian yang ini atau perkongsian yang lain2 membantu kalian,sudi kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat diri madam ini.Dan madam ucapkan terima kasih pd yg sudi luang sedikit masa utk sedekah Fatihah buat madam.

Hingga jumpa di N3 yang lain.in sha Allah.Madam tingalkan dgn pesanan senyum selalu dan salam 1 Malaysia!

CARA MEMBUAT TOPENG JERUBU/ MASK

29/9/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih syng buat semua pengunjung blog madam. Terima kasih berkunjungke blog kesayangan madam ini.Memandangkan negara kita di landa jerubu,so madam kongsikan ilmu membuat topeng/mask utk kegunaan di masa jerubu.Jika kita boleh buat sendiri ianya lebih berjimat sbb boleh tukar2 utk cuci dan simpan bila dh tak musim jerubu. Ianya juga exclusive,kita lain dari org lain. Tak la guna sama je dgn org lain kan! Ok la,jom kita mula kan cara membuat topeng/mask jerubu sendiri.

**Maaf,ukuran mask di bawah ya,baca dulu cara2 membuat dulu nnti sampai la ke ukuran mask ini.**


Yang ini madam buat exclusive utk madam sendiri,so madam sulam di salah satu bahagian depan.Jika kalian nk juga boleh la sulam ya. Potong 4 keping sama saiz.

 Masih lagi part depan ya,di sebelah dlm kain yg part depan tadi madam gosokkn batting gam.Batting di ada gam dan bila di gosok ianya akan melekat terus pd kain.Batting ini menghasilkan rasa gebu n selesa dan tegap bila memakai mask ini.

 Ok,ini ke empat2 keping kain yg dh di potong .Bahagian depan yg telah madam gosokkn batting bergam tadi.Dan lagi 2 kpg biarkan begitu saja tanpa batting bergam.

 Hah!ini lah batting gam tu. Batting ni ada juga yg tak ada gam ya.

 Ok,sekarang madam letakkn berpasangan,depan dan belakang setiap pasang ya.

 Madam cantum depan dengan depan,maksudnya yg part depan kiri n kanan di cantum/jahit.Kemudian jahit tindih dr luar pulak utk memperkemaskan hasil kerja kita ya.


Yang ini part dlm mask. Cantum/jahit sama spt yg depan tadi.Jahit tindih juga ya.


Jagan di lupa pulak letak getah ya! Jahit sebelah luar depan,spt yg madam buat tu ya.

 Setelah itu,kita cantum/jahit depan belakang mask.Dan pastikan jahit dari bahagian dalam ya.Jangan jahit habis keliling pulak ya sbb nanti tak boleh nk di terbalikkan.So tinggalkan ruang dlm seinci di bahagian dagunya ya.

 Tengok tu,madam terbalikkan. Keluarkan bahagian luar semuanya ya.
 Hah! camni la rupanya bila selesai di terbalikkan.Setelah proses menterbalikkan mask selesai,jahit tindih dr depan mask. mula di hujung sebelah bawah(dagu).Bila sampai di part yg kita tak jahit tadi,susupkan ke dalam bagi kemas ya. Dan jahit keliling.Tujuan jahit tindih ini utk memperkemaskan hasil kerja kita dan membentuk cantik mask tu.

 Tadaaaaaa....tu madam dh terbalikkan dan jahit tindih sekeling mask.Kemaskan!

 Ini bahagian dalam mask,maksud madam part ini yang akan di muka bila guna mask ni.Getah tu utk pegang mask masa di pakai ya.

 Hmmmm.....comei tak,mask madam?

 Hasil sulaman yang madam sulam atas mask madam. Exclusive kan! Org lain mana ada mask cam madam ni!Hehehehe....madam ngusik je ya.

                                          Ianya akan melengkung camni ya.




Aaaaaa....dh sampai ke pola mask. Jika taknak mask yg besar, masa potong kain tak perlu basi.Ikut je pola.Jika utk ank2 boleh kecilkan suku inci sekeliling ukuran mask yg madam beri ni ya.Dan tak perlu basi.Pandai2 la adjust saiz yg kalian kehendaki ya.



Ok sayang semua,kita dah sampai ke penghujung perjumpaan. Madam ingin sampaikan hasrat hati madam pd semua pengunjung blog kesayangan madam ini.Andai jika kalian rasa perkongsian ilmu madam memberi manfaat dan membantu kalian,madam berbesar hati jika kalian sudi sedekahkan Al-Fatihah buat madam. Dan yg bukan beragama islam,doakn kesejahteraan madam.Madam dahului dengan terima kasih.Maaf jika ada kekurangan dari madam.

Hingga jumpa lagi di N3 akan datang,seperti biasa......senyum selalu dan salam 1Malaysia!

September 24, 2015

CARA MENJAHIT GETAH(BENANG GETAH) DI HUJUNG TANGAN


Bismillah. Assalamualaikum dan Salam syng semua. Lama madam x buat tutorialkan. Hr ni, madam Cuba cari masa utk buat tutorial cara menjahit benang getah di hujung tangan ya. Jom kita mulakan.

1- Masa nk potong tangan, tak kira la samaada nk buat pd tangan baju apa pun, pastikn lebihkn labuh@panjang tangan 1.5"dari ukuran asal. Cnth-panjang tangan asal 22"+1.5"=23.5. Kenapa? Sbb bila tangan jenis ada cengkaman atau kaf, bila nk gerakkn tangan, tangan akan tertarik keatas dan agak tak selesa. Atas sbb itu kita perlu lebihkn sedikit labuh/panjang tangan.

2- Lebar tangan pula, berapa ukur keliling hujung tangan JGN bahagi 2 ya. Sbb getah akan berkedut.Jika kurang nanti di pergelangan tangan atau hujung tangan akan jadi ketat.Cnth: keliling hujung tangan 7. So buat lebar hujung tangan 7 juga, jgn bahagi 2 ya. Utk lebih jelas, lepas gunting kain bahagian tangan, bila di buka. Hujung tangan jd 15" termasuk basi utk cantum.

3-Di hujung tangan jgn jahit tepi ya. Sbb kita nk buat kelim halus atau baby seam. Jika pilih nk buat jahit tepi halus pun boleh. Ikut la cita rasa sendiri ya. Ok sekarang nk mula jahit kedut dgn benang getah.

Setelah buat kelim halus di hujung tangan, tukar benang sekoci bawah kpd benang getah ya. Adjust tensions rumah/ibu sekoci. Jika guna mesin portable yg x ada ibu sekoci x payah lak pi godek mesin tu ya.

Buat tanda jarak yg di sukai. Madam buat jarak 3/4". Dan mulakan jahitan benang getah yg pertama. Ingat ya, bila jahit getah mesti tarik kain yg sedang di jahit. Pastikn jahitan anda lurus.**Lebar keliling tangan baju ini 7'.so lebar kain utk hujung tangan ini 7'+1''(basi jahit tepi tangan ini nanti,1/2kiri dan 1/2 kanan.Harap boleh faham ya.

Bila dh siap jahit garisan pertama. Masa di hujung jahitan tak perlu di matikn. Bila sampai hujung jahit naik keatas spt yg madam tunjuk dlm gmbr di atas. Jahit keatas dlm anggaran 1/2" atau 5mata jahitan.
Kemudian buat jahitan baris kedua. Sama spt yg pertama, masa jahit tarik kain tu. kalau tak nnti x nampak lurus atau tak jahitan tu.




Bila jahitan barisan kedua dh sampai hujung, ulang cara yg tadi .



Ulang hingga berapa barisan yg kita hendak.Madam buat 5 barisan.Tujuan tidak putuskan benang supaya benang tidak mudah putus semasa pemakai memakai pakaian ini.



Madam gunakan 2 sekoci.Yang satu memang madam khaskan utk sekoci benang getah dan satu utk benang biasa.Dengan ini madam tak perlu adjust tension sekoci setiap kali hendak jahit guna benang getah.



Inilah rupa sebelah dalam benang getah yang telah siap di jahit.Ditepi tangan baju pun kemas sbb tak ada benang yang berserabut kerana kita jahit dgn teknik tidak putuskan benang.



Ini pulak ialah rupa di sebelah luar yang dah siap sempurna di jahit.




Ini pula ialah madam tunjukkan cara menjahit hujung tangan yang berkaki(ada border). Buat juga kelim halus(baby seam).










Ok,camna? Madam doakan semua yg mengunjungi N3 ini dapat manfaat dari perkongsian ilmu dari madam ini.Aamiin! Madam ingin buat sedikit permintaan ,Pada sesiapa yg mendapat manfaat atau menguna pakai ilmu yang madam kongsikan tak kira samaada di N3 ini atau yang lain2,sudi kira sedekahkan Al-Fatihah buat madam.Itu saja yg madam minta dari pengunjung blog madam yg mendapat manfaat dengan perkongsian ilmu madam.
Nampaknya sudah di penghujung.Madam minta undur diri dan maaf jika ada kekurangan dalam perkongsian madam.Hingga jumpa lagi,senyum selalu dan salam 1Malaysia!Daaaaaaaa