May 25, 2012

MADAM AZRA SIDI


Assalamualaikum.Selamat sejahtera dan salam sayang buat semua yg membaca blog madam.Utk N3 kali ini madam nak perkatakan sesuatu tentang kemahiran yang sangat baik dan memberi manfaat.Ada yang datang berjumpa dengan madam dan meminta nasihat serta pandangan madam tentang kemahiran yang bagus utk di pelajari dan bermanfaat di mana2 dan bila2 masa.Sebagai orang yang sememangnya berada dalam bidang kemahiran telah lama madam perhatikan permintaan masyarakat sekeliling dimana-mana pun.Yang sangat banyak permintaan dan tak akan berhenti mendapat permintaan selagi manusia hidup ialah makan dan pakaian.Maksud madam,selagi manusia hidup kita memerlukan makanan dan pakaian.Ada betul tak adik manis?Soooo....bila madam di tanya dan di minta memeberi pendapat tentang kemahiran yang bagus utk di pelajari,madam cadangkan pergi la belajar memasak atau menjahit.Dan di sini,madam nak juga memperkatakan.Anda boleh mempelajari apa saja bidang kemahiran yang anda minat,tak ada salahnya.Tapi jika belajar memasak dan menjahit,di mana jua kita "tercampak" insyaallah ilmu yang kita pelajari boleh di gunakan dan boleh menjadi punca rezeki kita....Madam tau pasti ada yang katakan kalau kita belajar benda lain pun boleh di gunakan sebagai sumber pendapatan....Di sini madam ingin jelaskan kenapa madam lebih tekan kan bidang masakkan dan menjahit.Manusia perlukan makan dan pakai.Semua rumah ada dapur tapi bukan semua orang memasak di rumah mereka,sebab tu kita boleh lihat di mana2 ada gerai makan or restaurant,sama ada yang segera or yang tak berapa nak segera!Sooo...jika anda mempunyai ilmu dan kemahiran memasak di mana saja anda "tercampak" or merantau pasti anda boleh gunakan kemahiran yang telah anda pelajari itu.Anda boleh mulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan or besaran-besaran (jika ada modal besar!).Dan tentang kemahiran jahitan pula,selagi manusia hidup,kita perlukan pakaian.Ini bermakna tukang jahit sangat berperanan dalam kehidupan manusia.Soooo...di mana jua kita "tercampak" or merantau kita boleh gunakan kemahiran yg ada pada kita tu.Sama ada kita menjahit sambilan di rumah or buka perniagaan pakaian.Madam nak bagi contoh.Madam ada kenal beberapa orang Pakistan(pelanggan yang selalu datang ke kedai madam membeli alatan jahitan).Mereka mengambil upah menjahit pakaian ready made.Di sini madam nampak,betapa baguskan kalau kita punya kemahiran yang di mana2 kita boleh gunakan dan menjadi penyelamat pada diri kita.Kepada yang memiliki kemahiran yang lain,bukan tak bagus(tuuuu...ada yang merajuk dgn madam!)sebenarnya apa jua kemahiran yg kita miliki sangat bagus n bergunakan serta sangat berfaedah jika pandai kita menafaatkan dalam kehidupan kita.Hanya bidang masakan dan menjahit ini,permintaannya takkan berhenti selagi manusia hidup.Ada betul ka,adik manis!?hehehehe......

Kepada pembaca blog madam ni,anda tepuk dada dan tanya lah pd diri anda.Kemahiran apa yang bagus utk diri anda!....Jagan anda kata,"i ni tak minat menjahit so i tak boleh belajar menjahit"...ingin madam tegaskan,sebenarnya menjahit adalah perkara yang sangat madam tak suka semasa madam di bangku sekolah dulu.Masa di sekolah dulu,madam dlm aliran S.R.T(sains rumah tangga).Anda bayangkan,utk siapkan sehelai apron yang simple,madam ambil masa 3 thn!!!!!!...guru jahitan madam sangat "bengang" dgn madam sbb masa dlm kelas jahitan madam selalu tak menyertainya.Tapi kalau kelas masakkan madam lah org yang paling menonjol!Dulu,cita2 madam nak jadi chef!madam sangat suka dengan kelas masakkan.Madam ambil kelas masakkan hingga tingkatan 5....tapi kita hanya merancang tapi ALLAH dh aturkan sesuatu yang lebih baik utk madam...Madam berada dlm dunia jahitan semuanya atas tindakkan arwah ayah tercinta madam.Ayah madam telah menghantar madam ke kelas jahitan semasa menunggu keputusan SPM.Kata arwah ayah tercinta pada madam"ayah nak La(nama manja madam dlm keluarga.)pergi cari kemahiran hidup,sebab di mana tercampak masih boleh berdikari"...memang betul apa yg ayah madam katakan....TERIMA KASIH AYAH!kerana tindakkan dia menghantar madam ke kelas jahitan.madam berada di tempat madam hari ini!...dari tidak mencintai bidang ini...madam jadi sangat cinta pada bidang ini...ini yang di katakan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA"......

Mmmmm...oppps!madam nak stop ya adik manis semua!Madam nak siap2,jap lagi madam nak mengajar student2 madam yang sentiasa bersemangat ketika berada dlm kelas madam...madam sangat suka dengat semangat student 2 madam ni!....ok,madam macam biasa la.Madam akhiri dgn salam syng,salam 1 M'sia dan senyum selalu ya!Daaaaa...........

May 15, 2012

MEMBUAT POLA BAJU KURUNG TRADISIONAL/PESAK BULUH.

Assalamualaikum.Salam sayang buat semua pembaca 
blog madam.Dah senyum ker?Jika belum, jom kita senyum 
dan sedekahkan senyuman kita tu kepada ahli keluarga n
org sekeliling kita.
Mmm...hari ni kan madam nak buat lagi satu N3.
N3 kali ini tentang cara membuat pola baju kurung pesak tradisional.Suka tak?
Jika suka,boleh teruskan bersama madam dan jika tidak
tinggalkan madam setakat ini jer.....ehh serius lak ya!
hehehe...ok lah,jom kita tengok ya apa ada!jom jom jomm.



Ini pola baju kurung.
Seperti baju patern yang lain
ada garisan bahu,dada,
pinggang dan punggung dan
semestinya garisan labuh baju.
Mesti ada yang kata,saya buat
pola  baju kurung tak ada pun
buat pola spt madam.Madam
faham kenapa.Dan dgn senang hati 
madam nak jelaskan kenapa pola
kurung pesak madam ada semua
garisan ini semua.Jawapannya madam nak kita semua boleh buat satu pola yang lebih meyakinkan.Insyaallah.
                                                                                               

Seperti biasa,madam akan mulakan dari atas iaitu bahu.
***madam selalu pesan bila  ambil ukuran badan wajibkan  mula dari bahu,lepastu dada,pinggang,punggung,bahu ke pinggang,labuh baju,panjang tangan dan lebar hujung tangan.***

Bahu bahagi 2.Ini di jadikan badan baju kurung ya.Bermakna dari atas sampai bawah baju ukurannya bahu bahagi 2 ya syng.(ada gak org dia buat bahagian bawah baju kecil sedikit dr atas,itu terpulang lah pd suka anda ya).Part di bahu tu,turun 1" dan di bahu sebelah kanan tu buat tanda 2 1/2".Sambungkan ke bahu yg turun 1" tu.Bila dah selesai part badan,cari ukuran dada bahagi 4.Nampak tak macam yg madam buat,yg ini kita guna utk dapatkan lubang lengan dan saiz pesak atas.Ok,kita fokus pd lubang ketiak dulu ya.Dada bahagi 4 dan naikkan 1 1/4".Ini utk dapatkan lubang ketiak.(utk org yg bersaiz besar spt L n XL boleh naikkan sehingga 2.5",sbb spt yg selalu madam pesankan pd student madam,org yg bersaiz besar TAK BOLEH berlubang ketiak besar! nanti bila mereka pakai baju yg berlubang ketiak besar akan kelihatan gelobos ya!So pd yg baru belajar menjahit,jgn anda fikir org gemuk mesti lubang ketiaknya besar pulak!...jika nak keterangan lebih detail tentang ini,jom belajar di kelas madamya.Di kelas madam,madam suka berkongsi segala tips n ilmu dgn student madam.Wah!panjangnya madam bebel ni!Jom sambung balik....


Ok,ni kita ke bahagian pesak atas pulak ya.Ukur dada bahagi 4 dari kanan ke kiri.(35"/4=8 3/4"+ 3/4")yang + tu boleh lebihkan jika suka.Tapi yg madam beri ni yg normal saja.Tips:utk dapatkan baju yg selesa pastikan baju tersebut bahagian dadanya longgar 3" dari ukuran asal yg kita ambil di badan org.Jika si pemakai inginkan lebih kelonggaran boleh la u all lebihkan bila + antara 1"-1 1/4".Jgn banyak sangat nanti gelobos lak!.....tentu ada yg tanya tu...kalau kita dh tambah bahagian dada tu lebih dr 3/4" bahagian lubang ketiak camna?nak tambah gak ker?..Madam jwb tak perlu tambah ya sbb nanti besar lak lubang ketiak tu n tak cantik lak!...harap dh faham ya bahagian ni....kalau ada soalan sila ke kaunter pertanyaan...hehehehe..gurau jer....
Dah selesai part pesak atas(buat tanda dulu,nanti bila dh cari ukuran pesak bawah baru kita sambung dr atas ke bawah ya).
Ok,lepas tu ukur bahu ke pinggang n buat tanda.Dari tanda bahu ke pinggang tu ukur kebawah 8" ini utk garisan punggung.(mmm..tu ada yg kata,apa lah madam ni,buat baju kurung pun sibuk nak cari bahu  ke pinggang dan garisan punggung)it's ok...madam nk ajar cara yg bila anda buat baju kurung pelangan tak timbul masaalah ketat sana besar sini n macam2 masaalah lain....setuju tak?...okkita sambung lg...Dari garisan punggung tu,kita ukur punggung/4.Spt yg dlm pic tu(39"/4=9 3/4"+1/2").Boleh + lebih lg jika nak lebih kelonggarannya.Bila kita dh buat spt ini,kita dh tak risau baju pelanggan kita tu ketat or terbesar di punggungnya.Faham tak?



Cuba tengok ni,kalau tak faham.Ok,dh selesai part ni,ukur lebar pesak tang punggung ni jika besarnya 3",kita buat bahagian pesak bawah lebarnya lebih 1 1/2".


Kalau tak faham,cuba perhatikan gambar2 yg madam sediakan.









Ini bahagian tangan.Di bahagian ketiak tu(atas pesak) madam masukkan 3/4".Setelah tanda panjang tangan,tandakan lebar hujung tangan yg telah d bahagi 2.Dari tanda hujung tangan sambungkan ke bahagian dada/4- 1 1/4" tu.




Ohh!hampir lupa lak madam nak perkatakan tentang si kekek ni.Utk kekek buat saiz 3 1/2" x3 1/2" ajer.Utk semua saiz org dewasa.Jgn la bila org badan besar awk buat besar pulak!Tak perlu sbb saiz ni dh cukup. 




 
                                                                   





















 

Gambar yang ni ialah part2 yg telah di gunting.Sbb madam syng anda semua,madam rajinkan diri buatkan contoh bagaimana rupanya bila pola siap di lukis n di gunting.Suka tak?






 
 Ini bahagian bahu(badan kurung pesak).Basinya 1/2" sekeliling kecuali bahagian bawah baju ialah 1 1/4".Bahagian  kanan tu nampak tak ada tanda bulat 3 tu?Itu simbol menandakan bahagian ini perlu di letak di bahagian kain yg berlipat ya.So bila di buka dapat lah bahagian badan.Utk part ni,gunting 2 kpg,utk depan n belakang badan.





















 












 















ok,madam nak cakap pasal si kekek dulu ya.Masa nk gunting kekek,lipat kain n letak bahagian yg bulat3 tu di lipatan kain.Tapi madam suka ajar student madam dgn cara gunting kain panjang 9" dan lebar 4 1/2",kemudian lipat 2 n gunting.Maka dapat la kekek yg telah siap dgn basinya sekali.Cara ni lebih ok sbb urat kain pun cantik!Kalau beklajar dgn madam,madam selalu pastika student cari urat kain.Tips:Kalau kita sentiasa jaga urat kain masa mengunting kain,kerja2 menjahit kita lebih mudah dan hasil cantik tau!Hah nak tau camna nk cari urat kain,jom la hadiri kelas jahitan madam!
Ok,dah selesai cakap pasal si kekek,madam nak cakap pasal pesak atas dulu.Nampak tak yg madam pangkah tu?Yg pangkah tu bermakna nanti part ini lah kekek akan kita cantumkan.So,bila selesai mengunting part pesak atas,tlng buat tanda di part ni.Jd bila nak menjahit tak lah pening dok fikir tang mana kita nk cantum kekek kita tu.Dan pastikan buat tanda tu di ke empat2 helai kekek kita tu.Ada faham ka adik manis?





Ini bahagian pesak bawah.(madam snap sebahagian daripada pesak yg keseluruhan)













Ini part tangan .Perasan tak di bahagian pangkal lengan tu agak lengkung sedikit.Ini hasil dari kita kerukkan 3/4" tadi.Jika tak faham sila skroll keatas balik n cari dan tengok betul2.










Tangan gunting 2 keping ya.Pastikan pola letak di lipatan bahagian yg ada bulat 3 tu.












  


Nampaknya setakat ini saja perkongsian madam utk kali ini.Sebenarnya madam ada masukkan nota tentang leher(bulan) baju kurung ni tapi sbb tetiba terdelete gambar tu n madam dh cuba berusha masukkan semula tapi tak boleh,jadi madam mohon maaf ya.Sebenarnya banyak tips n pekara tentang jahitan yg madam nak kongsi bersama tapi di sebabkan sistem baru blog belum mesra alam dgn madam jadi madam agak sterss dgn sistem ni.Ada masa senang kekadang bila dtg degilnya agak susah madam nk menguruskan blog ni....Nyampah tau!..Perasan tak rupa blog madam?..madam tak suka rupanya tak menarik n tak seri!Tak pe perlahan2 madam pelajari semua tu....tp ambil masa sbb madam sekarang dh sibuk dgn tempahan raya n student pun sibuk  nk habiskan silybus mereka.Student madam pun sibuk ambil tempahan!Dan ada yg buat ready made utk raya....sebagai guru,madam bantu mereka buat yg terbaik utk pelanggan mereka.
N3 kali ini madam agak banyak berceloteh.Maaf ya sbb ambil masa kalian.Apa pun terima kasih sudi ke blog madam n hingga jumpa lg,senyum selalu n salam 1 M'sia!Daaaaaaaaaaaa!

May 09, 2012

Tukang Jahit

Baju-baju nikah!

Assalamualaikum.Salam syng n salam sejahtera buat semua
pembaca blog madam.Terima kasih sudi menjengok blog 
madam.N3 utk kali ini madam ingin berkongsi gambar2 
baju2 nikah yg telah madam siapkan n telah pun di pakai oleh
para pengantin di hari bersejarah mereka.Doa madam,moga
mereka bahagia dan berkekalan n berbahagia sepanjang
perkongsian hidup mereka.Amin.Madam rasa,jom la kita jamu
mata ya......madam kehilangan kata2!....tetiba lak jadi gini.
Ok la,jom jom jom........


Ini ialah bahagian kain. Desing yg 
di gunakan ialah patch lace n crumble.

Lace yg di gunakan bukan lace dari kain yg
buat baju tu tapi lace tu di beli khas utk
kerja2 beading. Faham n tahu tak?

Madam cadangkan buat desing gini sbb
tuan baju ni nak baju kurung moden yg
pendek saja .Jadi supaya bahagian kain
tidak kelihatan kosong ajer,madam desingkan
begini.Letak lace dlm posisi menyerong dan
di tambah dgn manik,pearl n jd kan crumble.

Cantik tak?.....

Ini lah bajunya.Madam terpaksa gantung
utk ambil gambar sbb patung madam
tak muat nk pakai baju ni...hehehe comei
sangat badan pengantin ni!



Ini ialah bahagian tangannya.

Tangannya di buat dua tingkat.Dan bahagian
kain satin di buat terlebih sbb nak jahit
manik crumble di hujung tangan utk beri
kelainannya.Sebenarnya kalau si pemakai pakai baju ni
ada manik terjuntai, tapi bila letak gini jadi tak perasan lak!
                                
                                                     

Ini ialah baju pasangannya.Madam
pakaikan ke patung(patung yg ada di
butik madam hanya patung perempuan jer)
sebab tu nampak di dada tu lain kan!hehehe
                                                                                 

Sulaman di bahagian belahan di dada. 


                                                                                             





















































 


Yang ni pula ,di pakai utk majlis pernikahannya.
Tuan baju ni sama dengan baju yang di atas tadi.
Ini baju kebaya moden.Dan bahagian dlmnya 
madam buat long dress.
 

Cantikkan?!....mmm...nak tahu kenapa madam guna
batu,manik dan sequin biru ni?...sebab tuan baju ni
bagi tahu madam yg tema majlis perkahwinannya biru.
Baju ni nampak lebih manis dgn tambahan manik,batu
dan sequin ni.

Nampak tak?...nampak apa?...hehehehe...tu,madam
nak tunjuk di bahagian atas lipatan kipas tu,madam ada
tepekkan lace utk menutup jahitan pd atas kipas tu.
Baju pengantin mesti la kena istimewa ,jadi madam tak
suka kelihatan jahitan tu,so madam tepekkan lace.Maka
bertambah manis la si pengantin bila pakaian pakaian ni....


aaaaa.....ada nampak tak sesuatu kekuranagan?
betullllll!!!!!!....hehehehe ada kuntuman bunga
yang tak lengkap kan?...sesekali yang pakar pun buat
silap...itu lah manusia biasa...apa saja kelemahan adalah
dari kita manusia dan yg sempurna dr ALLAH shj!
TAPI!..sebelum busana ini lepas ke tangan pemiliknya,
mujur madam perasan dulu dan terus perbaiki.....
Alhamdulillah!




Ini lah lace yg madam tepekkan tu.
madam saja ambil gambar fokus tang
ni,nak bg nampak jelas.



Ok,yang ni hujung tangan nya.
Di jahit manik crumble(pearl+manik+sequin)


Ini gambar dekat bahagian hujung tangannya.



































































































































Apa ni madam???....Ni skirt yg belakannya meleret
di tanah tu!...yg sebelah kiri tu skirt yg madam lipat
memanjang.


Bila pakai keliahatan cantik ekornya.
Tapi skirt ni madam buat tak lah panjang sangat
"tail"nya sbb atas permintaan si pemakai.


KIRI:Yang ni bahagian belakang baju.
KANAN:Leher baju....


Bahagian depan baju.Baju ni lining sepenuhnya.



Bahagian bawah belakang badan baju.


Bahagian bawah belakang baju.


Bahagian hujung tangan.KOSONG!!!
Sebenarnya madam cadang nak buat penambahan
hiasan/aksesori pd skirtnya dan baju(setidak2nya
di hujung tangan,jadi bila bersalaman dengan tetamu
kan nampak manis n berseri tp.....)
Sbb tuan baju ni taknak buat apa-apa
penambahan hiasan or aksesori pada
pakaiannya...sssoooooo.....
Busana ini kelihatan spt biasa-biasa ajer....
Hati madam rasa tak seronok sbb busana ini utk
di pakai pd hari istimewa tp tak kelihatan langsung
keistimewaanya....madam hanya menurut permintaan
tuan baju ni jerrrrr......








Madam nak minta maaf sebab bahagian pakaian lelaki/pasangan pengantin perempuan madam tak dapat nak buat catatan atas sebab tiba2 blog dah guna sistem baru dan madam belum mahir lg.Dah naik letih madam mencuba.Yang pakaian wanita madam sempat buat catatan sebelum semua berubah.Mmmmmm...cukup di sini perjumpaan kita dulu ya.Insyaallah kita berjumpa lg.Madam akhiri perjumpaan ni dgn salam syng dan salam 1 M'sia!...senyum selalu ya!...Daaaaaaaaaaaa......!