November 19, 2011

Cara menjahit zip sorok.

Assalamualaikum n salam sejahtera buat pembaca
blog madam.Moga semua sihat sejahtera hendaknya.
Amin!Untuk N3 kali ini,madam ingin berkongsi
dgn pembaca kesayangan madam cara menjait
zip sorok.Harap N3 kali ini akan membantu
pembaca blog madam.Selamat mencuba ya!
Ok,jom kita tengok n fahaminya.....jom,jom,jom!



Ini zip sorok bahagian depan.


ini zip sorok bahagian dlmnya.


Langkah pertama.Buka zip.


Langkah ke-2.Gosok gigi zip.


Langkah ke-3.Pastikan gigi
zip di gosok menjadi rata.


Zip yg telah di gosok giginya
hingga menjadi rata,memudahkan
kerja2 menjahit zip sorok.


Jika papan gosok ada span
lagi mudah kerja2 mengosok
gigi zip sorok.


Zip yg telah siap di gosok
hingga menjadi rata.


Zip yg telah siap di gosok dgn
sempurna.

Begini lah zip sorok yg telah
di gosok dgn sempurna.Bila
zip di rapatkn dgn menarik
zipnya,zip akan jadi begini.
'Kepaknya' terangkat.


Bila zip di tutup ia
kelihatan 'V'.


Langkah ke-4.Kita
mula menjahit zip.Guna
tapak zip biasa pun boleh
kalau tak ada tapak zip sorok.
Mula jahit zip dari atas dulu.
(sebelah kiri badan dulu)


Masa jahit zip,Pastikan
jahit di celah zip betul2.
TAPI!hati2,jgn sampai
terjait atas gigi zip.Kalau
terjait atas gigi zip nnti
zip rosak n tak leh guna lg!


Teruskan jait.Di penghujung
zip nanti kita memang tak
boleh jait hingga ke hujung zip.
Jadi jgn paksa pulak ya!


Zip yg telah siap di jahit
kiri n kanan zip.


Jarak zip,1" dr tepi kain.Sama
spt kita jait zi biasa.


Dah siap jahit zip.Tolak kepala
zip keluar.


Trenggggg.....
begini la zip sorok yg
telah di jait dgn sempurna.

Jika zip sorok di jait dgn
betul,bila zip di tutup
kelihatan kemas n zip
tak kelihatan.


Ok!Sekarang madam nk tunjuk
cara memasang lapik leher lak ya.
Setelah selesai dgn jayanya memasang
zip sorok,kita nak jait lapik leher lak.
Lipat basi jaitan zip keluar(spt dlm
gambar) dan pinkan.


Letakkan lapik leher yg
telah siap di gosok dgn
kain gam.Pastikan bahagian
luar kain jumpa luar kain juga.


Lapik leher yg telah siap di jait.
Snapkan basi jaitan lapik
leherkan.Tujuannya utk
menghasilkan kerja yg kemas.


Setelah di snap.Jait tindih di
bahagian lapik leher saja.
Jaitan hanya kelihatan di bahagian
lapik saja n di luar tak ke lihatan ya.


jengggg jenggggg jenggggggggg...
Ini lah rupa lapik leher yg
telah di jahit kedua2 belah.


Ini ialah lapik leher yg
telah di cantum bahagian
depan n belakang.


PERINGATAN!
Semasa mencantumkan
lapik leher bahagian depan
dan belakang,pastikan ianya
selari!Spt yg madam tunjukkan.


Hah!ni la rupanya baju
yg madam gunakan sebagai
contoh menjait zip sorok.




Bahagian belakang baju.


Baju kurung moden ni,
kainnya ialah paten kain
kembang yg "6 pieces"

Bahagian depan baju kurung
moden yg berlaining penuh.


Ok,nampaknya setakat ini ajer
untuk N3 kali ini.Moga kita jumpa lagi
di N3 seterusnya.Madam akhiri dgn
ucapan salam satu M'sia n senyum selalu ya.
Daaaaa.....

November 07, 2011

Si baju merah bersulam.

Assalamualaikum n apa khabar pada semua pembaca blog madam.
Doa madam agar semua berada dlm keadaan sihat sejahtera dan
berbahagia di samping keluarga n tugasan masing2.Maaf,madam
dh lama sangat rasanya tak buat N3.bukan tiada bahan tp madam
di jangkiti penyakit MALAS!Dah bersawang blog madam.
mmmmm....sedih!

Untuk N3 kali ini madam nak buat N3 tentang sepasang baju
kurung merah yg di tempah oleh pelanggan madam yg
berbangsa cina.Madam pernah buat N3 tentang pelanggan
madam ni.Dia sentiasa menempah baju kurung yg bersulam
kerawang.Baru2 ni,sekali lg pekerjanya dtg menempah pakaian
utknya.Sebenarnya madam memang tak kenal dan tak pernah
melihat pelanggan cina ni sbb semua urusan tempahan
di hantar oleh pekerjanya(lelaki).Pekerjanya ini,beritahu madam
yang boss dia sangat berpuas hati dgn hasil kerja madam sbb tu
berulang kali dia menempah pakaian dgn madam.Sebagai
tukang jahit,madam rasa sangat berbesar hati bila hasil kerja
kita di hargai n di sukai.Madam rasa perasaan ini bukan hanya
ada pd madam,tentu begitu juga pada tukang jahit yg lain bila
hasil kerja di beri penghargaan.

Mmm..ok la,apa lagi!Jom la kita tengok gambornya!Jom jom jom.....




Ha!jeng jeng...ini lah hasil kerja yg madam
telah siapkan utk pelanggan cina tu.


Sulam kerawang di bahagian
hujung tangan.


Hujung lengan.


Bahagian leher.

Harapan madam,moga hasil kerja yg ini memenuhi
citarasa pelanggan madam ni.Lain kali madam akan
masukkan N3 sulam kerawang yg lain pulak.Sbb
pelanggan cina ni nak buat lg sepasang baju kurung
pahang yg berkerawang lagi.
Untuk N3 kali ni,hanya ini ajer la yg madam kongsikan.
Insyaallah,kita berjumpa lagi ya.Madam akhiri dgn
salam syng,salam satu Malaysia n senyum selalu!
Daaaaaaaaaa!