January 29, 2011

ada perubahan n penambahan di butik madam




Assalamualaikum,

Kebelakangan ini madam sedang aktif membuat pelbagai penambahan
dan pembaharuan di butik n kelas madam!Banyak perkara yang telah n sedang madam up gradekan.Antaranya madam ingin memudahkan pelajar madam,madam bawa masuk kain2 cotton utk memudahkan pelajar madam mana yg tak sempat gi cari kain utk pelajaran2 seterusnya,mereka boleh dapatkn terus dr butik madam.Kekadang pelajar baru,mereka tak tahu bagaimana rupa kain cotton jd sekarang tak perlu pening lg!
Madam juga bebesar hati membantu kwn2.Jadi ada beberapa kwn2 yg
menghantar barang2 mereka minta madam jualkn di butik madam........madam tak kisah!Kalau ada murid madam yg mempunyai produk utk di letakkn di butik madam pn boleh!
Nak tau ker apa barang2 yg kwn2 madam letak n minta madam jualkn?.........
Antaranya:Tudung dari ACEH(kat m'sia susah nk cari,jd ada sape2 yg berminat leh lh dtg ke butik madam!),beg yg comel n menarik(sesuai utk menyimpan hp,dompet,tisu,bedak n lipstick),perfume n kosmetik(perfumenya mendapat sambutan sbb bau yg sedap n harga sangat berbaloi baloi!) dan yg terbaru ni ialah BATU SEREMBAN!(ala permainan bebudak tp kalau nk isi masa dgn ank2,tak salah kita main sama kan!....kwn madam buat dari kain cotton n isinya pula ialah batu2 halus yg dia beli dr kedai yg menjual jubin)
Mmmmm.....buat masa ni tu je lah ya!Nanti madam n3 cerita or masukkn foto hasil kerja di butik madam ya!....Salam 1 Malaysia!

January 23, 2011

cerita kedai baru!



Pintu yg kuning tu,adalah pintu kedai lama
madam.Madam syngkn pintu ini,jd madam
angkut pintu tu ke kedai baru madam.Bila
pelangan2 madam lihat pintu ni,mereka
tau yg ni kedai baru madam.Tapi di kedai
baru ni madam tak gunakn pintu ni sebagai
pintu utama sbb madam guna pintu yg lebih
besar sbg pintu utama.Kedai baru madam ni
lebih mudah utk di lihat org kerana kedai yg
lama terlindung dgn surau,sekarang pun kedai
madam masih mengadap surau(mengadap Syurga!)
Tapi lebih mudah dilihat kerana kedudukkan
kadai baru agak tepi surau.
Madam mula pindah masuk ke kedai ni pd 1/1/2011.
Kebetulan pd tarikh tu pelakon terkenal kita iaitu
Saudara Faizal Yusuf telah meninggal.
Dan jenazahnya telah di bawa pulang ke surau
yg di depan kedai madam kerana org tuanya
tinggal di Flat Sentul Utama.Ramai artis yg dtg
menziarah,jd org2 yg membantu madam selesai
menolong mengangkat barang2 mereka sibuk lak
nk gi menengok artis.Jadi madam bersendirian
lah membuatkerja2 menyusun atur barang2
di kedai baru madam.

Ini adalah bahagian depan kedai madam.
Kedai baru madam ni besar sekali ganda
dari kedai lama.Madam harap,pelajar,pelangan
dan pembantu madam lebih selesa di kedai baru
madam ni.Tapi madam pulak rasa penat bila
berjalan dlm kedai baru ni!....

Meja dan kerusi ni sebenarnya ruangan madam,tapi
di sebabkn sibuk dgn kerja2 di butik ni,jadi ruangan
ini ank perempuan madam(girl nama gelarannya)
gunakan utk membuatkerja sekolah atau
mengulangkaji pelajarannya setiap hari.

Di sinilah selalu madam melayan pelangan n
menerima tempahan pakaian.


Mesin jahit tepi





Deretan mesin jahit,insyaallah madam akan
menambah lg sebuah mesin jahit highspeed
utk kegunaan student madam.

Mesen jahit highspeed yg putih tu adalah
mesin yg madam gunakan setiap hari.
Kipas tu madam gunakan bila madam
bersendirian.Kalau sorang2madam
ngantuk bila guna aircond!hehehehe!
Yg melekat di dinding tu ialah
diploma n sijil2 madam.


Meja memotong n membuat dasar/pola

meja mengosok & fitting room


Zip yg berukuran 8",madam letakkn dlm
almari kaca,ada pelbagai warna!




Zip 10" hingga 22" madam susun di rak ini.
Bahagian atasnya madam letak radio n tv.
Utk hilangkn boring,dengar radio atau on tv.
Tv tu on hanya utk dengar jer sbb mata n
tangan sibuk menjahit!Labu hitam tu,
kalau gosok keluar jin kot!hehehe...
madam tak pernah gosok pn!

Rak ini pulak madam susunkn paiping/kun
bahagian atasnya.Bahagian bawahnya
madam susun benang yg pelbagai warna.
Nampak aje macam sikit,tp berpinar mata
waktu nak menyusun aturnya.
Jumlah benang ada beratus warna,tu belum
lg kira biji benang!kesian pd pembantu madam tu!
terima kasih Mas!(pembantu madam)

Ini adalah span bahu readymade.Madam
jual sepasang-sepasang dlm pelbagai warna!
Pelangan madam suka sbb menyenagkn mereka
utk menukar span bahu lama yg dh lusuh!
Pelangan hanya perlu beli mengikut warna
pakaian mereka n balik hanya pinkan saje.

Ini rak butang baju dr pelbagai saiz,bentuk
n warna.Oleh kerana rak ini tak muat utk
madam letakkn kesemua butang2 yg ada jadi
sebahagiannya,madam letakkn dlm bekas plastik!



Manik-manik,pelbagai saiz,warna n paten.


Benang kait n jarum kait pun ada di jual!
Alat tulis pun ada!

Kedai pun dah besar,jadi madam telah menambah
berbagai peralatan menjahit.Dari masa ke
semasa madam akan masukkn lagi pelbagai
peralatan jahitan,jadi mudah lah masyarakat
di sini utk membeli keperluan jahitan dan tak
perlulah mereka mencari jauh2 kan!


Di butik madam,ada jual perfume n kosmetik
jenama "DYNIE".Produk ni di ushakn oleh
org melayu.Pengasasnya En.Omar.Sebagai kwn,
madam hanya membantu.



Ini sebahgian pelajar madam sedang melakukan
kerja2 praktikal mereka.Suasana amat selesa
utk pelajar2 madam melakukan aktiviti memotong
n menjahit.Madam merancang ingin menambah
satu lg mesin jahit industri utk kegunaan pelajar madam.
Nampaknya setakat ini saje cerita madam buat masa ini!
Hingga jumpa lagi.......