June 29, 2011

Suasana di kelas madam.

Assalamualaikum dan salam sayang dari madam
kepada semua pembaca blog madam.Moga semua
berada dalam keadaan sihat dan di rahmati ALLAH.
AMIN!.....mmmm...untuk N3 kali ni madam nak
berkongsi cerita tentang kelas jahitan madam.
Hari ni...30/6/11 ada lah hari akhir kelas jahitan madam
untuk sessi sentengah tahun.Kelas jahitan madam akan
bercuti selama 2 bulan dan akan kembali beroperasi seperti
biasa pada 5/9/11(seminggu selepas raya).....Sedih lak nak
cuti ngajar,tapi nak buat camna...tuntutan keja yang banyak
memaksa madam "mencutikan" kelas jahitan madam.Student
madam pn sedih juga untuk bercuti panjang tapi madam minta
semua student madam buat semua sample yang madam pesan.
Dan madam harap,cuti panjang ni student madam gunakan
semua ilmu yang telah mereka pelajari untuk buat pakaian
raya sendiri atau sekurang2nya buat ulangkaji....takut lupa.
Kalau lupa sape yang rugi kan?....ok jom tengok suasana
di dalam kelas jahitan madam....sentiasa ceria n happening!

KELAS JAHITAN MADAM AZRA......

Semua sedang memberi fokus pada kerja
masing-masing.

Sedang tekun mengingati dan mempraktikkn
apa yang telah madam ajar.

Fokus dengan kerja masing masing.

ini madam sedang mengajar menjahit lubang
butang baju kurung....student madam,Lailati
sedang merakam apa yang madam sedang
tunjuk.Belajar dengan merakam apa yg madam
ajar ni semuanya mengikut kaedah si Diyana.
Student madam si Dayana,apa yang madam
tunjuk ajar semuanya dirakam.....dia akan
buka semula rakamannya bila lupa!

Ingat!madam dah pesan waktu pin dasar/pola
baju jagan malas pin ya!sbb yang susah nnti bukan
org lain....sendiri gak yg susah!sbb ukuran lariiiiii.

Bagus semua sedang beri tumpuan
pada kerja2 mereka.

Diyana sedang menanyakan sesuatu
pada madam dan Dayang sedang
fokus dengan kerjanya....Dayang ni
suka menyanyi....orang suara sedap!

Beri tumpuan pd kerja sendiri.

Ni pulak,madam sedang memeriksa
kerja si Diyana....

Madam sedang menerangkan sesuatu
kepada Diyana.

mmm...Diyana tersenyum sbb dah
faham apa yang madam terangkan.





Tekun!





Arni,orangnya suka bertanya n agak cerewet.
Dia risau madam kelaparan dan selalu
belanja madam makan....sbb madam bila dah
sibuk tak sempat makan.Si Dayang fokus!

Kalau nak tau,cara mengosok dan tips mengosok
pun madam beri tunjuk ajar.....biar semua melakukan
dengan cara yang betul dan menghasilkan kerja
yang kemas,cantik n terletak!

Menggunakan mesin.Madam ajar dari A-Z
cara mengendalikan mesin,termasuk bagaimana
menyelesaikan masaalah jika mesin memberi
masaalah ketika menjahit dan bagaimana
menjaga mesin.Madam suka berkongsi
tips dan ilmu dengan student madam.



hehehe...tu madam,yg baju biru...muka letih jer!

HAH!!!nape pulak tetiba keluar gambar kucing ni???
mmmm...kalau nak tau kucing ni adalah pasangan
yang bahagia dan tinggal di kedai madam.
Pasangan ini di senangi oleh semua orang dan student
madam.Pasangan ini menceriakan lagi suasana di
butik dan kelas jahitan madam.

Lihat pasangan bahagia ini....
sedang tidur!

mmmm....ini adalah buah hati madam...
Blacky,namanya.Blacky kesayangan madam.
Tengok,hensem kan!Suatu masa nanti madam
nak buat satu N3 khas untuk Blacky n keluarganya.

Trrrreeeeennnnngggggg........
Disini lah madam mengajar dan semua
aktiviti seharian madam.....Madam bahagia
n tenang di sini walau ada ketika stress datang
menjenguk madam di sini!....
MADAM SAYANG DENGAN AZRA FASHION
& SERVICES!....nadi kehidupan madam!


Hah!....untuk N3 kali ini,madam rasa sampai di
sini ajer!Moga semua student madam mendapat
kebaikkan di kelas madam.Sepanjang cuti ni,jagan
la tidur ya...buka la nota2 anda dan buat la latihan.
Sekurang2nya cuba buat sepasang dua baju sendiri.
Madam sayang kamu semua,insyaallah kita jumpa lagi.
Madam akhiri dengan salam 1 M'SIA dan jagan lupa
senyum selalu ok!Daaaa.....

June 27, 2011

Hasil kerja Dayang,pelajaran pertama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca
blog madam.Seperti biasa madam tak lupa doakan
agar semua pembaca blog madam dalam keadaan
sihat dan di rahmati ALLAH selalu hendaknya.AMIN!
Ada yang menegur madam."amboi!kebelakangan ni
(tp madam rasa madam tak kebelakang,madam maju
kedepan!hehehe)madam sangat rancak menonjolkan
hasil kerja student madam"....madam jawab...."mesti la
sbb kalau tak madam sebagai guru mereka yg berbangga
dengan kerja student sendiri,siapa lg?"...tapi madam
memang puji dengan semua student madam...bersemangat
macam madam!Sebagai guru mereka,madam memang selalu
memberi perangsang dan semangat.Ehh!madam ni dah la tu....
cerita la pulak pasal N3 kali ni....kalau cikgu dapat membebel
camni la!.OK!untuk N3 kali ni madam masih nak tonjolkan
hasil kerja student madam.Student madam yg ni bernama
Dayang,seorang yang gigih ya,sebab sanggup datang dari
Nilai ke Sentul untuk menuntut ilmu dari madam....hahaha
macam guru silat lak!...Nape la madam hari ni nk buat lawak
lak ya!....ok,madam serius la...Madam nak ambil kesempatan
ini mengucapkan terima kasih Dayang sudi datang ke kelas
madam walau terpaksa menempuh perjalanan yang jauh
dan jam.Terima kasih juga pada hubby Dayang yg juga
sangup menghantar n menjemput Dayang....suami yg baik
memberi sokongan pada isteri tesayang.....K,jom tengok
hasil kerja Dayang yang pertama....simple blaus dan
A line skirt.....jom jom tengok!


Trrrreeengggg.....ini la hasil kerja Dayang.
Ini simple blaus dan A line skirt.Baju ini
Dayang buat tangan tiga suku panjang tangannya.
bahagian depan blaus ini berbutang depan.


Bahagian leher dan hujung tangan.....kemas.

Pandangan dari depan dan belakang baju.


Bahagian depan yang berbutang.Kemas.
Sebelahnya ialah bahagian sambungan tangan
baju.Bahagian lengan ini ada cara yang tersendiri
untuk memasangnya supaya menghasilkan
kerja yg kemas n cantik di pandang.Ada orang
merasa sukar untuk memasang lengan dan selalu
menyangka mereka terbuat tangan yang besar
dari lubang lengan baju.Tapi sebenarnya lengan
baju memang besar sikit dari lubang lengan.Tapi
kalau anda belajar dengan betul tentu anda tahu
bagaimana hendak memasang n menghasilkan
tangan yang cantik,terlatak dan kemas......
Jom la belajar dengan madam....hehehe

Bahagian lipatan hujung baju.Di lipat
berbucu supaya kelihatan kemas.

Hah!ni lak bahagian pinggang kain.
Untuk kain yang pertama,madam ajar
student madam buat pinggang kain balkram.
Nape madam tak ajar pinggang getah separuh2?
Jawapannya sebab madam tak nak student
madam stresss untuk pakaian yang pertama
yang mereka nak hasilkan!

Pandangan bahagian belakang skirt.
A line skirt ni,zip di bahagian belakang.
Kemas.


Hmmm....tu la hasil kerja tangan dari Dayang.
Madam nak cerita sikit tentang Dayang ni....
Sebenarnya si Dayang ni ada pengalaman menjahit,
dia suka jahit langsir sbb katanya senang dari jahit baju.
Dayang juga ada jahit baju untuk diri dan anaknya.
Tapi sebelum ni dia menjahit main hentam jer...tak ada
skill yang betul.Tapi setelah belajar dengan madam
banyak la ilmu dan skill yang dia dapat.Moga ilmu
yang madam perturunkan padanya memberi manfaat
untuknya.

Nampaknya setakat ini saje N3 kali ni.Madam akhiri
macam biasa...salam satu M'sia dan salam sayang dari
madam!Jangan lupa...senyum selalu ok!Daaaaaaaaaa!