April 24, 2011

Kurung pesak gantung bermanik tabur di hujung tangan.

Assalamualaikum n salam sejahtera kepada pembaca
blog madam.Doa madam moga semua berada dlm
keadaan sejatera n ceria2 selalu.Amin!
Kita berjumpa lagi di n3 baru madam ni ya.
Kali ini madam nak pamerkan hasil dari butik madam.
Ini tempahan pelagan tetap madam...pelangan ni
dah jd pelangan madam dari ank dara,sekarang dh
ank satu.Baju ini ingin di pakai pada majlis cukur jambul
anaknya pd24/5/11....semalam la tu.Madam di undang tp
tak sempat menghadirkan diri atas sibuk mengajar dan
tugas2 di butik....harap Fiza faham keadaan madam.


Ini lah bajunya!tuan punya baju minta hanya
di hujung tangan saje jahit manik tabur....


treng teng teng!...ini lah hasilnya....


Dlam manik tabur tu ada kelihatan kuntum2
bunga kecil.Untuk menambah serikan lg
jahitan manik tabur tu.



Gabungan warna yg menarik!
Baru ini madam berkesempatan
merakamkan gambar baju yg telah di jahit label butik madam...
walau dh banyak baju yg dh di jahit dgn label butik madam
tp tak berkesempatan merakamnya.

Nampaknya sekian ajer untuk n3 kali ini.Madam akhiri
dgn salam satu Malaysia n senyum2 selalu!Jumpa madam
di n3 yg akan datang ya!...bye!

April 21, 2011

Kebaya bersulam kerawang.

Assalamualaikum.
Semoga semua pembaca blog madam sihat sejahtera.Amin!
untuk n3 kali ini madam memperlihatkan kebaya yang
telah siap di sulam kerawang.Pelangan madam telah menghantar
sepasang kain yg telah siap di sulam kerawang utk di buat
baju kebaya dan ini lah hasilnya!


Jika anda menerima kain yg telah di sulam,
hendak lah berhati2 ketika dlm proses
memotong kain supaya bila dlm proses menjahit
menjadi mudah dan tak bermasaalah.
Selalunya masaalah akan timbul bila memotong
depan dan belakang tak sama.

Bahagian depan baju kebaya sulam kerawang.

Sulaman kerawang di hujung tangan dan bawah
bahagian depan bawah baju kebaya.

Nampaknya setakat ini dulu n3 kali ini.
Kita jumpa lg di n3 seterusnya ok!
Salam sejahtera n salam satu Malaysia!

April 18, 2011

Azra fesyen telah membuka tempahan pakaian hari raya 2011.


Assalamualaikum.
Semoga pembaca madam semuanya berada dlm keadaan
sihat sejahtera hendaknya.Amin!.....N3 kali ini madam
ingin memaklumkan yang butik madam telah mula menerima
tempahan pakaian hari untuk tahun 2011.

Tempahan untuk baju melayu lelaki akan di terima sehingga
penghujung bulam Mei 2011.Sesiapa yang ingin menempah
baju melayu lelaki sila bawa contoh pakaian yang selesa
di pakai kerana madam tidak mengukur badan lelaki.

Tempahan pakaian wanita,tempahan di terima sehingga
penghujung bulan July 2011.Sesiapa yang ingin menempah
pakaian yg berlaining,berfesyen berat atau ingin menambah
jahitan manik di pakaian sila hantar seawal yg mungkin.
Jika tempahan di hantar lewat,madam akan menerima
tempahan yang biasa2 saja atau yang simple2 aje.

Sesiapa yang berminat untuk menempah pakaian
dengan madam sila ke alamat madam atau membuat
penghantaran melalui pos laju ke alamat madam.
BLOK 205-00-08,FLAT SENTUL UTAMA,JLN 26
TMN DATO SENU,51000,SENTUL,K.L
TEL-012-9757909

Sehingga jumpa lagi di n3 seterusnya!
Sekian terima kasih dan salam satu Malaysia!

April 14, 2011

Assalamualaikum pembaca blog madam!Moga semua
pembaca blog madam sihat sejahtera hendaknya!Amin!.
N3 kali ni madam memperlihatkan salah satu lg hasil kerja
dari butik madam.Baju kurung moden dari kain sutera ini
telah di minta tambah manik oleh tuan punya baju.Jadi
madam telah memberi peluang pd student madam utk
menunjukkn kebolehannya menjahit manik.Sebagai seorang
guru,madam sentiasa membuka ruang n peluang pd student2
madam utk memahirkan diri mereka.Madam sangat
berbangga dgn student2 madam yg sentiasa ingin memajukan
diri mereka.Ada juga student madam yg dtg berjumpa madam
minta di motivasi atau memberi sokongan moral.Sebagai seorang
yg bangun dari bawah,madam faham mereka sangat perlu di beri
sokongan........walau pn semasa madam ingin memulakan
perniagaan madam,madam tak pernah mendapat motivasi
or tunjuk ajar dr sesiapa,alhamdulillah madam seorang yg
sentiasa befikiran positif n memotivasikan diri sendiri!
Ok lah,jom kita tengok baju kurung moden sutera yg telah
di tambah dgn jahitan manik di keliling bunganya!



Inilah baju kurung moden sutera yg telah siap
di jahit.


Tuan baju ini telah meminta di jahit manik
sekeliling kuntuman bunga.


Juga di jahit hujung tangan dgn manik tabur.
Semasa melakukan kerja2 menjahit manik,
perlu berhati2 kerana kain sutera ini lembut.
Jika tak pandai memegang kain,hasil kerja
akan nampak tak memuaskan kerana kain
berkedut.


Baju ini sangat menarik setelah siap di jahit manik
setiap kuntuman bunga.Berseri2!hingga org yg
lalu di depan butik madam mesti berhenti utk
melihat!

Teriam kasih n tahniah Aza!Semoga Aza akan
terus berjaya dlm bidang ini dan berjaya menjadi
tukang jahit dan pengusaha kraft tangan!Amin!
(student madam ini sangat2 berminat dgn semua
kerja tangan spt menjahit pakaian,menjahit manik,
menjahit cross stich,membuat bunga reben dan
macam2 lg!semua hasil kerjanya sangat bagus,
dia juga menitik beratkan hasil kerja yg kemas!
macam tu lah anak murid madam!bangga madam!)

Mmmmm...ada yg tanya,madam bayar ke kalau suruh
student buat kerja?Ooooo sudah tentu lah!Bakat tak
berkembang lah kalau hasil kerja kita tak di bayar
setimpal dgn usaha kita!Madam bukan org yg
suka ambil kesempatan,harga madam bayar mengikut
berapa yg studen madam letak dan bukan madam yg
tentukan.Dan madam bayar TUNAI!

Ok!sekian utk n3 kali ini.Hingga jumpa lg di terbitan
yg lain.Insyaallah!Semoga semuanya ceria2 selalu
n salam satu Malaysia!Amin!

Baju pegantin berwarna gold!

Assalamualaikum pembaca blog madam.Kita berjumpa lagi!
Utk n3 kali ini madam nk ceta pasal baju pengantin yg
berwarna gold.Baju ini di tempah oleh pelangan madam
utk di pakai pd hari pernikahannya.


Sepasang kurung moden pendek di perbuat dari kain lace
berwarna gold di bahagian luar.Lehernya berbentuk V
yg luas n panjang di dada.Manakala bahagian dlm
ialah longdress tanpa lengan dan bahagian bawahnya
di buat susun kipas.Bahagian susun kipasnya,madam
buat tinggi sedikit supaya pelagan lebih selesa ketika
bergerak,samaada duduk atau berjalan.


Baju ini simple saje sbb pemakainya low profile.Pengantin
tak mahu meletak manik atau sequin sbb tak berani
kelihatan menonjol.Madam hanya mengikut permintaan
pelangan madam.

Untuk n3 kali ini,setakat ini saje.Salam satu Malaysia n
jumpa lagi di keluar akan datang!Terima kasih!Bye!

April 10, 2011

Antara hasil tempahan di butik madam.

Assalamualaikum pembaca madam!Terima kasih sudi
meluangkan masa membaca n melihat di blog madam.
Untuk n3 kali madam ingin perlihatkan beberapa tempahan
pakaian yg telah madam siapkn....sekadar cuci mata,jika ada
yg berminat boleh hubungi madam utk tempahan ok!


Ini adalah baju kebarung riau.Tuan baju ni
minta madam hasilkn baju ini mengikut bentuk badan.
Maknanya baju ni seakan2 kebaya,ramping di pinggang.
Lehernya pula di minta buat ala2 cheongsam.Pelangan
madam sangat suka dgn hasil kerja madam ini.Dia telah
dtg menempah 4 pasang lagi!...satu kepuasan!

Ini adalah kurung moden.
Tangannya madam buat fesyen
ballon cuff,atas permintaan
tuan punya baju.



Ini ialah kebaya moden.Pelangan madam yg satu ni
sangat kreatif dlm menghasilkan desing baju utk dirinya.
Dia selalu dtg ke butik madam dan menempah pakaian
yg di desing sendiri.Utk pengetahuan pembaca,bahagian
kain hitam itu telah di letak batu2 berlian yg di gosok.
Madam tak sempat nk ambil gambarnya.Sangat cantik tau!

Ini pula,kebaya moden juga.Lehernya fesyen 'highneck'
dan tangan di beri sentuhan berfesyen.


Ok,ini saja utk n3 kali ini!Insyaallah madam akan muncul
dgn info or desing2 yg lain di n3 yg akan datang ya!
Salam satu Malaysia!

April 07, 2011

sambungan baju sulam kerawang

Assalamualaikum pembaca blog madam....

Utk n3 kali ni,madam ingin perlihatkn sulaman kerawang tempahan
pelagan cina madam yg hari tu.....ingat tak n3 yg lepas madam ada
menyatakn pelangan madam ini sangat kagum n suka dgn hasil kerja
dr butik madam hingga dia menempah sepasang lg....!rasa bangga n
gembira bila hasil kerja kita di hargai!....mmmmm...madam persilakan
pengunjung blog madam melihatnya ya....silakan!


Ini adalah bahagian leher baju kurung kerawang.
Kita perlu lukis saiz leher yg di perlukan,dan terus
jahit sulaman kerawang.Jgn di gunting lubang
leher sebelum sulam...nnti u yg susah!
Bentuk leher akan di tebuk setelah kerja2 sulaman
siap sepenuhnya.

Sebelum lukis bentuk leher,jgn lupa tandakn center
bahu...kalau tak nnti baju tak sedap di pakai n
tak center lak!Desing sulaman kerawang ni
saje madam bezakan dr yg hari tu...variasi la gitu!

Ini adalah tangan.Utk buat sulaman hujung tangan
tandakn basi dlm 1" supaya senang utk kita
melakukan kerja2 sulaman...Pastikan hujung
tangan adalah panjang tangan yg di kenhendaki...
jgn terpendek pulak tangan tu!...masaalah besar tu!


ini lahhasil sulaman hujung tangan.


Sepasang tangan baju kurung yg telah siap
di sulam kerawang.

Utk menghasilkan baju kurung bersulam
pastikan anda telah menanda saiz leher,panjang
hujung tangan dan labuh baju(jika hujung baju
juga ingin di sulam) terlebih dahulu.Kemudian
lakukan kerja2 sulam dan baru lah di cantum
semua bahagian badan baju hingga terhasil
sepasang baju kurung sulam kerawang!
Kebetulan,ada seorang lagi pelangan
madam yg menempah sulaman di butik madam
tapi dia hanya ingin di hujung tangan saje sbb
katanya dia pakai tudung,org tak nampak pn
kalau buat sulaman di leher.Jd madam selitkn
gambar sulaman hujung tangan baju pelangan ni
di n3 ini juga ok!Jom,jom tengok!
Kalau rasa nk tempah jgn segan2 hubungi madam ya!





Cara membuat baju yg hanya ingin
bersulam di hujung tangan saje agak
mudah dr yg atas tadi.Kita gunting n
jahit pakaian ini seperti biasa dan
hanya hujung tangan saje yg kita tak
jahit dulu.Setelah siap kerja2 menyulam
di hujung tangan,baru kita sudahkn
hujung tangan tu ok!
Jika ada yg nk bertanya apa2 tentang jahitan
or tempahan,boleh hubungi madam ya!
Ok,utk n3 kali ini,hanya sampai di sini ajer!
Bye n salam 1 Malaysia!